• image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next
  • SISTEM
  • KALKULATOR

 

 

  • BERITA TERKINI
  • BERITA ZAKAT
  • BERITA AGIHAN
  • KAD ZaKAD
  • SKIM POTONGAN ZAKAT
  • VIDEO
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK ASNAF (UPSR)

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK ASNAF (UPSR)

04 September 2014, Rembau - Baitulmal daerah Rembau telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Dan…

Baca Lagi...
PZNS SERTAI PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN

PZNS SERTAI PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN

31 Ogos 2014, Seremban - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) buat julung kalinya telah…

Baca Lagi...
ANAK SYARIKAT JOHOR CORPORATION TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

ANAK SYARIKAT JOHOR CORPORATION TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

20 Ogos 2014, Seremban - Dua buah anak syarikat Johor Corporation telah mengeluarkan zakat…

Baca Lagi...
GOTONG-ROYONG RUMAH ASNAF DI MANTIN

GOTONG-ROYONG RUMAH ASNAF DI MANTIN

07 Ogos 2014, Mantin - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan program…

Baca Lagi...
RM 625,250 DANA ZAKAT UNTUK GURU KAFA DI NS

RM 625,250 DANA ZAKAT UNTUK GURU KAFA DI NS

21 Julai 2013, Seremban - Sangat besar jasa dan sumbangan Guru-Guru KAFA dalam pembangunan…

Baca Lagi...
ZIARAH SELAMI KEHIDUPAN ASNAF

ZIARAH SELAMI KEHIDUPAN ASNAF

15 Julai 2014, Port Dickson - Pihak Baitulmal MAINS yang telah diamanahkan untuk menguruskan…

Baca Lagi...
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

PZNS SERTAI PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN

PZNS SERTAI PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN

31 Ogos 2014, Seremban - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) buat julung kalinya telah m...

Baca lagi

ANAK SYARIKAT JOHOR CORPORATION TUNAI ZAKAT PERNIA…

ANAK SYARIKAT JOHOR CORPORATION TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

20 Ogos 2014, Seremban - Dua buah anak syarikat Johor Corporation telah mengeluarkan za...

Baca lagi

LIMA AGENSI SERAH ZAKAT RM2.2 JUTA

LIMA AGENSI SERAH ZAKAT RM2.2 JUTA

08 Julai 2014, Seremban - Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agam...

Baca lagi

TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) SERAH ZAKAT PERNIAGAA…

TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

25 Jun 2014, Seremban - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menunaikan zakat perniagaann...

Baca lagi

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT OLEH PERTUBUHAN PELADANG K…

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT OLEH PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SEREMBAN

24 Jun 2014, Seremban -  Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)  Seremban telah me...

Baca lagi

UST. GHAZALI - 'TALK SHOW' DI TNB SEREMBAN

UST. GHAZALI - 'TALK SHOW' DI TNB SEREMBAN

Seremban, 29 Mei 2014 - Program bual bicara bertajuk ‘Bahagia Dengan Memberi’  (Ta...

Baca lagi

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK ASN…

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK ASNAF (UPSR)

04 September 2014, Rembau - Baitulmal daerah Rembau telah mengadakan Majlis Bacaan Yasi...

Baca lagi

GOTONG-ROYONG RUMAH ASNAF DI MANTIN

GOTONG-ROYONG RUMAH ASNAF DI MANTIN

07 Ogos 2014, Mantin - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan pr...

Baca lagi

RM 625,250 DANA ZAKAT UNTUK GURU KAFA DI NS

RM 625,250 DANA ZAKAT UNTUK GURU KAFA DI NS

21 Julai 2013, Seremban - Sangat besar jasa dan sumbangan Guru-Guru KAFA dalam pembangu...

Baca lagi

ZIARAH SELAMI KEHIDUPAN ASNAF

ZIARAH SELAMI KEHIDUPAN ASNAF

15 Julai 2014, Port Dickson - Pihak Baitulmal MAINS yang telah diamanahkan untuk mengur...

Baca lagi

DANA ZAKAT UNTUK ASNAF DI TAMPIN

DANA ZAKAT UNTUK ASNAF DI TAMPIN

15 Julai 2014, Tampin - Sebanyak RM 197,700 dana zakat telah disampaikan kepada 659 ora...

Baca lagi

PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN & MAJLIS BERBUKA …

PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN & MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID INDIA

13 Julai 2014, Seremban - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Kongres I...

Baca lagi
  • PENGENALAN

    PENGENALAN

  • OBJEKTIF

  • SYARAT PENGGUNAAN

  • SENARAI PANEL KAD ZaKAD

    SENARAI PANEL KAD ZaKAD

PENGENALAN

PENGENALAN

"ZaKAD" adalah satu penghargaan atau sumbangan Pusat Zakat Negeri Sembilan kepada umat islam yang tampil menunaikan tanggungjawab berzakat. Pengorbanan umat islam mengeluarkan zakat merupakan tanda kepatuhan serta kesyukuran kepada Allah dan sebahagian hartanya untuk bertujuan tanda kasih bagi umat islam yang memerlukan. Sebagai satu tanda kenangan dan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat, Pusat Zakat Negeri Sembilan menyediakan kemudahan "ZaKAD" untuk dinikmati oleh setiap individu yang telah membayar zakat.

 

Sabda Rasulullah SAW : " .... Berilah hadiah sesama kamu nescaya kalian akan saling mengasihi.. ." (Riwayat Bukhari).

Panel-panel pekedai yang dilantik adalah terdiri dari perniagaan kepunyaan umat Islam sendiri. Marilah kita bersama-sama meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam dengan membantu mereka.

Sabda Rasulullah SAW : " .... Allah akan sentiasa menolong seseorang selama mana dia menolong saudaranya.... " (Riwayat Muslim).

 

ZaKAD adalah satu kad yang unik kerana selain memberi pelbagai faedah kepada ahli-ahlinya, ia juga berfungsi sebagai galakan untuk menambahkan kutipan zakat di Negeri Sembilan. Semoga gandingan antara pembayar zakat, panel peniaga dan Pusat Zakat Negeri Sembilan akan menyumbang kepada kekuatan ekonomi umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2 : " Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam dosa dan permusuhan... ."

OBJEKTIF

Kelebihannya adalah berkonsepkan "Memberi dan Menerima" kepada :-

1. Pembayar Zakat
-Kad ini boleh digunakan sebagai ganti kad pengenalan ketika membayar zakat.
-Kad ini boleh diberikan kepada wakil sekiarnya pembayar tidak dapat datang sendiri untuk membayar zakat.
-Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun di mana-mana premis yang menjalankan perniagaan yang mempamerkan logo " ZaKAD".

2. Panel Peniaga
-Membantu menambahkan bilangan pembeli dari umat Islam di premis peniaga Islam.
-Membantu mengenengahkan dan menggalakkan pembeli beragama Islam membeli di premis, perniagaan orang Islam.
-Sebagai penghargaan kepada peniaga Islam untuk mempromosikan perniagaan mereka, mudah-mudahan hasil keuntungan perniagaan mereka akan dikeluarkan zakat.
3. Pusat Zakat Negeri Sembilan
-Dapat menambahkan bilangan pembayar dan kutipan. Dengan ini secara langsung membantu golongan yang memerlukan.
-Dapat memberikan penghargaan dan tanda terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat yang tampil membayar pada setiap tahun.

SYARAT PENGGUNAAN

1. Keahlian kad ini adalah seumur hidup dan pemegang kad mestilah menunjukkan kad ini kepada peniaga (panel ZaKAD) atau juruwangnya sebelum resit dikeluarkan atau pengiraan bayaran dibuat.

2. Walaupun lambang ZaKAD dipamerkan, peniaga berhak untuk tidak menawarkan diskaun untuk barangan tertentu atau semasa tempoh-tempoh promosi tertentu. Kadar diskaun yang ditawarkan oleh panel-panel pekedai biasanya adalah untuk barangan yang mempunyai harga biasa (tidak termasuk barangan yang ditawarkan potongan harga secara umum).

4. Diskaun yang ditawarkan tidak meliputi apa-apa cukai atau lain-lain caj yang tidak termasuk dalam harga barangan / perkhidmatan.

5. PZNS telah berusaha memilih dan melantik peniaga-peniaga yang berwibawa. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kualiti barangan / perkhidmatan yang dijual oleh mana-mana peniaga. Sebarang salah faham mengenai perkara tersebut hendaklah diselesaikan sendiri diantara Ahli Kad dan peniaga.

6. PZNS tidak akan membayar tuntutan diskaun yang tidak diberi oleh peniaga yang telah menamatkan perjanjian dengan PZNS serta tidak lagi mempamerkan pelekat ZaKAD di premisnya walaupun masih tersenarai dalam senarai buku panduan.

7. Semua diskaun-diskaun yang ditawarkan tertakluk kepada pindaan. Sekiranya pemegang kad tidak mendapat diskaun seperti tercatat di dalam buku panduan panel, sila hubungi PZNS untuk tindakan selanjutnya.

8. PZNS berhak untuk menambah, memansuhkan atau meminda mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa.
LARANGAN
-Kad ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain sebagai kad pengenalan diri ketika membayar zakat dan untuk mendapatkan potongan harga di premis-premis yang ditentukan sahaja. Kad ini tidak boleh berpindah milik. Hanya pemegang kad sahaja yang layak untuk menikmati potongan harga di premis-premis yang telah dilantik.

SENARAI PANEL KAD ZaKAD

SENARAI PANEL KAD ZaKAD
LIHAT SENARAI PANEL KAD ZaKAD - KLIK DI SINI

1. Diberi kepada pembayar zakat yang telah membayar melebihi RM 100 di kaunter-kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan, amil-amil masjid, agen-agen bank yang dilantik dan pembayar zakat yang menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan melebihi RM 8.00 sebulan.
2. Kad ini percuma sekali seumur hidup dan layak mendapat keistimewaan potongan harga ke atas barangan yang dibeli di kedai-kedai yang menjadi panel ZaKAD.
3. Kad ini juga digunakan sebagai pengenalan diri ketika membayar zakat dikaunter-kaunter PZNS dan juga sebagai bukti pemiliknya telah membayar zakat di Negeri Sembilan.
4. Pastikan nama dan no. ic yang tercatit di atas kad adalah benar. Sebarang kesulitan sila berhubung dengan PZNS di talian 06-7651402.
5. Bagi pemegang kad ZaKAD versi lama, kad tersebut akan dimansuhkan setelah anda menerima kad ZaKAD versi baru ini.(Keahlian seumur hidup).
6. Pihak PZNS dengan budi bicaranya akan menggantikan kepada ahli yang kehilangan atau kerosakan kad dengan bayaran caj dikenakan sebanyak RM 3.00. Butir-butir yang tercatat di dalam kad yang diganti sama seperti kad yang hilang/rosak.

7. Panel-panel pekedai yang dilantik telah menandatangani satu perjanjian bersama PZNS yang akan menawarkan diskaun atau insentif tertentu kepada pemegang ZaKAD yang membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan daripada mereka. Untuk mengenalpasti dimana kad ini boleh digunakan, sila perhatikan lambang ZaKAD yang akan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan tersebut.

  • OBJEKTIF

  • ASAS PENGIRAAN

  • ASAS PENGIRAAN (SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B)

  • JADUAL SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (SPZB)

OBJEKTIF

Skim ini diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat kerana sering timbulnya beberapa masalah untuk menunaikan zakat.

 

Antara masalah yang sering timbul ialah :
i) Lokasi kaunter PZNS yang terletak jauh dari rumah atau pejabat.
ii) Kesuntukan masa.
iii) Kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta terutama di kawasan bandar.
iv) Tiada wang yang cukup apabila tiba tempoh untuk mengeluarkan zakat.
v) Tidak tahu bagaimana mengira zakat pendapatan.

 

Keistimewaan skim ini :
a) Membayar secara beransur-ansur.
b) Mendapat pelepasan Cukai Pendapatan (LHDN).
c) Menyempurnakan rukun Islam.
d) Mengelak dari terlupa atau terlalai menunaikan zakat.
e) Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur.

ASAS PENGIRAAN

Terdapat dua kaedah untuk menyertai Skim ini yang boleh di pilih oleh umat Islam :

 

Kaedah A :
Menggunakan kaedah Pendapatan Kasar (tanpa tolakan) iaitu mengambil 2.5% sebagai zakat atas jumlah pendapatan kasar setahun. Contoh : Gaji Setahun RM16,000 x 2.5% = zakat RM400 setahun. Bayaran bulanan RM33.34 x 12 bulan.

 

Kaedah B :
Menggunakan kaedah Pendapatan Bersih (Dengan tolakan) iaitu mengambil 2.5% zakat setelah di tolak dengan penolakan yang dibenarkan.
Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :
i) Diri - RM 9,000
ii) Isteri - RM 3,000 x bilangan isteri
iii) Anak - RM 1000 x bilangan anak (IPTA/TS -RM4000 x bilangan anak)
iv) KWSP - 11% daripada pendapatan kasar pokok
v) Sumbangan kepada Ibu Bapa - RM 100 x 12 bulan

ASAS PENGIRAAN (SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B)

Sumber Penolakan Kahwin (L) Bujang (L/P) Kahwin (P)

Ibu / Ayah Tunggal

Diri - RM 9,000 / / / -
Isteri - RM 3,000 x bil Isteri / - - -
Anak - RM 1000 x bil (Anak RM4000 IPTA/TS) / - - /
KWSP - 11% x Pendapatan Kasar / - / /
Sumbangan kepada Ibu Bapa / / / /


Nota :

i) Bagaimanapun kaedah B ini tidak termasuk tabung haji, insuran dan institusi koperasi yang telah membayar zakat sebagai asas pernolakan.

ii) Asas pengiraan ini hanya berdasarkan kiraan zakat pendapatan sahaja. Sekiranya pekerja turut ingin membayar zakat-zakat harta yang lain melalui potongan gaji termasuk qadha zakat, pekerja bolehlah membuat arahan potongan tambahan kepada pihak majikan.

JADUAL SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (SPZB)

i)Tanpa KWSP (dalam bentuk pdf)

ii)Dengan KWSP (dalam bentuk pdf)

WAKTU SOLAT DI NEGERI SEMBILAN SUBUH ZOHOR ASAR MAGHRIB ISYAK
ZON 1 (Tampin & Jempol) 5:44 AM 1:05 PM 4:09 PM 7:08 PM 8:17 PM
ZON 2 (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau) 5:46 AM 1:08 PM 4:10 PM 7:10 PM 8:19 PM
 

RENUNGAN 1

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

RENUNGAN 2

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

RENUNGAN 3

"Dan ketahuilah apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Dan ingatlah orang yang zalim itu, tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya." (Surah Al-Baqarah : 270)

RENUNGAN 4

"Kamu tidak akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah maha mengetahuinya." (Surah Al-Imran : 92)

INTERNET BANKING

AMBANK
   

 

 
 

 

Kami ada 3 pengunjung dalam talian

 

 
 
 
 
Joomla Templates by Joomla51.com