Peristiwa
Nisab Semasa
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Logo Sirim

Pengguna Online
We have 6 guests onlineUndian
Statistik Pelawat






![]() | Today | 56 |
![]() | Yesterday | 132 |
![]() | This week | 906 |
![]() | Last week | 1115 |
![]() | This month | 2641 |
![]() | Last month | 4528 |
![]() | All days | 165575 |
Your IP: 38.107.179.223
,
Today: May 19, 2012
Muat Turun
| DANA ZAKAT RINGANKAN BEBANAN PESAKIT |
|
|
|
Idea asal klinik yang berasal dari Johor ini telah ditubuhkan di Negeri Sembilan melalui Johor Corporation (J Corp) dan rangkaian hospital di dalam KPJ Healthcare Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar merangkap Pengerusi MAINS telah menyempurnakan Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur MAINS Senawang, yang telah mula beroperasi sejak 2003 dengan menggunakan peruntukan dari dana zakat, sedekah dan wakaf. Menurut Menteri Besar, beliau tertarik dengan konsep Klinik Wakaf yang berperanan membantu golongan tidak berkemampuan dan kos perubatan yang tinggi. Walaupun ianya Klinik Wakaf tetapi perkhidmatannya adalah sama seperti klinik swasta lain yang memiliki doktor pakar dan pegawai perubatan yang terlatih dan berkelayakan. Malah menurut statistik, penerima rawatan telah meningkat dari tahun ke tahun sehingga jumlah pembiayaan rawatan meningkat kepada RM1.55 juta setakat bulan September 2011. Sehingga kini, lebih 30,000 orang telah mendapatkan rawatan di klinik berkenaan dengan Baitulmal MAINS menanggung kos rawatan bagi mereka yang miskin atau tidak berkemampuan melalui peruntukan dana zakat. Sebanyak enam mesin dialisis diletakkan pada peringkat awal untuk pesakit buah pinggang, namun disebabkan permintaan rawatan telah meningkat, klinik ini telah memiliki 11 mesin dialisis yang dapat membantu golongan kurang berkemampuan. Dengan kejayaan perkhidmatan klinik wakaf ini, MAINS juga merancang mewujudkan klinik wakaf di semua daerah di Negeri Sembilan. Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur yang kedua sedang dalam pembinaan di Rembau dan dijangka akan beroperasi penghujung tahun 2011. Hanya bayaran RM5 dikenakan dan pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan dan rawatan dialisis yang disediakan.
|
Sms Kami
Tempoh Potongan SPZB





















28 Oktober 2011, Senawang - Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur MAINS Senawang, menjadi klinik masyarakat pertama di Negeri Sembilan yang berkonsepkan wakaf bagi mensejahterakan kesihatan masyarakat berbilang kaum.
MB bertanyakan sesuatu kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan.
Tetamu yang hadir.











