Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Objektif Strategi Budaya Kerja Visi & Misi Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Viper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
PZNS ANJUR 'NEGERI CUP'

     15 OGOS 2005, Seremban – Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) buat julung kalinya telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Institusi Zakat Negeri-Negeri bagi merebut ‘Negeri Cup’ di Kompleks Sukan Paroi, Seremban pada 5 hingga 7 Ogos yang lalu. Kejohanan tersebut merupakan kesinambungan daripada Kejohanan Badminton ‘Zakat Cup’ anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan Kejohanan Bolasepak ‘Berkat Cup’ anjuran Pusat Kutipan Zakat Pahang.

     Kejohanan yang berlangsung selama dua hari tersebut telah disertai oleh 10 pasukan termasuk pasukan tuan rumah Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP), Pusat Zakat Selangor (PZS), Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP), Pusat Zakat Melaka (PZM), Majlis Agama Islam Perak (MAIP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM).

    Kejohanan sulung ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Rais Zainuddin. Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan siraturahim di kalangan wargakerja institusi zakat di negara ini di samping mewujudkan wargakerja zakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.

     YB Dato’ Mohamad Rais Zainuddin dalam ucapan perasmiannya berkata “ Sesungguhnya kejohanan seumpama ini adalah satu usaha yang murni ke arah merapatkah lagi jalinan hubungan dan semangat setiakawan di antara wargakerja Institusi Zakat Negeri–Negeri”.

     Dalam kejohanan tersebut, perlawanan akhir telah menemukan pasukan ‘adik-beradik’ MAINS dan PZNS di dalam satu perlawanan yang mendebarkan. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) muncul juara setelah menewaskan Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) di perlawanan akhir dengan kiraan mata 25-20 / 25-23. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP) pula menduduki tempat ke tiga setelah menewaskan Majlis Agama Islam Perak (MAIP) dengan kemenangan 25-17 / 25-19. Pemain terbaik kejohanan tersebut telah dirangkul oleh En. Mustaza bin Mohamad daripada pasukan MAINS.

     Kejohanan tersebut telah berjalan dengan lancar lagi meriah dengan sokongan penajaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad, Molten, Nestle Sdn Bhd, Jalen Sdn Bhd, Kumpulan Wanija dan beberapa penajaan lagi.

     Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Setiausaha MAINS merangkap Ahli Lembaga Pengarah PZNS, En. Mohd Najib bin Khairuddin. Hadir sama di kejohanan tersebut ialah YB Datuk Hj. Nawi bin Ahmad - Pengerusi PZM, Pengurus Besar PPZWP - En. Rais b Hj. Alias, Pemangku Pengurus Besar PZS - Tn. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengurus Besar PKZP - Tn. Hj. Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar PZM - Tn. Hj. Ismail bin Hasim, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji - Tn. Hj. Wahib Che The, Pegawai Urusan Sumber Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan - En Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak.     


Juara 'Negeri Cup'
Pasukan Majlis Agama Islam N. Sembilan


Naib Juara 'Negeri Cup'
Pusat Zakat N.Sembilan


Tempat Ke-3 'Negeri Cup'
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan


Tempat Ke-4 'Negeri Cup'
Majlis Agama Islam Perak

Y.B Dato' Rais Zainuddin memukul bola tanda perasmian kejohanan 'Negeri Cup'


Pengurus PZNS, Ust. Nor Azmi Hj. Musa menyampaikan ucapan aluan


Wakil-wakil Pengurusan Institusi Zakat Negeri-Negeri


Kontigen-kontigen di upacara Perasmian 'Negeri Cup'



Pemain terbaik kejohanan,
En. Mustaza Mohamad menerima cenderahati daripada S/U MAINS,
En. Mohd Najib Khairuddin

Lain-Lain Arkib Berita

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan Window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::