BAITULMAL SALUR ZAKAT RM 67,000 DI PERTANG |

Pasoh 1, Jelebu - Keutuhan fungsi serta peranan institusi Baitulmal sebagai salah satu penggerak ekonomi buat masyarakat Islam khususnya di Negeri Sembilan dibuktikan melalui penyaluran zakat sebanyak RM67,000 kepada masjid dan asnaf fakir miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang.
Pada majlis itu, sebanyak 28 masjid menerima peruntukan bernilai RM1,000 dan seramai 130 fakir miskin menerima bantuan sebanyak RM300 yang mana RM100 adalah berbentuk bantuan bulanan dan selebihnya adalah dalam bentuk duit raya.
Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan berkata, golongan cerdik pandai yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam bidang perubatan hanya perlu membayar kembali sebanyak 50 peratus dari jumlah pinjaman dan selebihnya adalah sumbangan Baitulmal melalui dana zakat.
Menurutnya, sekiranya golongan tersebut berjaya mencapai peringkat Mumtaz, mereka tidak diarahkan untuk membayar kembali pinjaman pembelajaran, bertujuan bagi menggalakkan lagi anak-anak dari masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan agama untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati berteraskan ajaran agama Islam.

Lain-Lain Arkib Berita
|